Ringkasan
cerita :
MERDEKA SELEPAS MEMERON OTAK
Final
exam dah berlalu, raya pon dah habis, lemak di badan pon semakin bertambah..fiuhh...rasa
kejap masa berlalu and guess what, aku dah register new semester dan dah
selamat menjalani sesi kelas yang pertama untuk sem baru ni. Bila dah register
of course la result pon dah keluar kan..Alhamdulillah sedikit lagi untuk menghampiri
Dekan, tapi tak pela, at least better than last sem punya result :D
KENCING BERSIH
Baru-baru
ni aku disahkan mengidap penyakit kencing kotor (ayat macam sakit kronik je
;p..mintak simpang..), yela mane ade kencing tu bersihkan..hehehee..mula-mula
aku rasa sakit kat bahagian kanan bawah perut. Sakitnya bila lama-lama sentiasa
datang menyerang (berdenyut-denyut), sebabkan kecik-kecik dulu cita-cita nak
jadi doktor tapi terlebih pandai, jadi aku pon jadila
doktor lala sekejap, tangan ni ringan je mencari maklumat pasal sakit
perot belah kanan ni dan macam-macamlah kerisauan dalam kepala ni lepas Encik
Google menerangkan beberapa sebab / gejala penyakit seperti aku. 2 klinik aku
pergi, klinik 1 cakap angin, klinik 2 cakap maybe apendiks or kencing kotor.
Orang yang baru kawin biasanya mudah sangat dapat sakit ni almaklumlah
hormon/sistem badan dah berubah dan terima 'kawan' baru plak..;p..doktor dah
bagi reference letter to hospital siap-siap in case sakit aku tak surut lepas
makan ubat tapi alhamdulillah dengan gigihnya aku balun minum air masak
bertong-tong (gempak!), maka pada petang itu perot ni menunjukkan perubahan
yang positif,syukur Ya Allah, aku lagi lega kalau kencing kotor dari kena
apendiks, seram dik oii nak belah-belah perot ni dan aku tak bersedia lagi nak
jadi manusia tanpa apendiks..;p moral of the story, minumlah air banyak-banyak
dan kurangkan pengambilan kopi/nescafe sebab sesungguhnya ia tidak elok untuk
badan kita..sekian.._Dr. Lala_
URUT-URUTAN BIDAN-BIDANAN
Susulan
dari entry no 2 di atas, my MIL pun sedikit risau dengan perkembangan
menantunya, makanya dibawanya aku pergi berurut kat 2 makcik yang berbeze. Haa
dari sini dapatlah aku pelbagai istilah-istilah pelik tapi
unik..ahahaha...memanglah orang cakap lepas kawin ni banyak sangat benda baru
yang akan kita ngadap,dari sekecik-kecik benda, sampaila sebesa gajah. 2 orang
makcik ni cakap rahim jatuh ke bawah lah, rahim tinggi la, rahim bergerak
terlalu banyaklah (??).Betapa hebatnya rahim sayer!and sentiasa juga berdoa
agar rahim ini dapat memberi keajaiban dan dapat menunaikan hajat kami..amin..
MAJLIS PERTUNANGAN
29.09.2012
adik aku selamat melangsungkan pertunangan dengan jejaka pilihan dia la
kan..tak kan la laki jiran sebelah umah pulak..:p..majlis berlangsung secara
sederhana tetapi meriah (ikut ayat retiss katenye)..gambar akan di update
kemudian
KELAS FREE - TUTURIAL
Beberapa
orang dah request aku buat video tutorial tudung, actually aku pon bukan ada
specific style yang menyebabkan orang kagum dengan kepandaian aku melilit
shawlku, aku pon ikot internet tapi sayangnya kadang-kadang ade yang tak
menjadi seperti yg di pertontonkan, but who knows your style is not fully
completed...janji pakai,kemas dan menutup segala apa yang patut ditutup..(ade
mak jemah kisah). Tapi aku adelah buatkan video untuk sorang kawan lame
ni..Atas permintaan beberapa kerat peminat mak jemah, nanti mak jemah akan
upload video tu
#Ha kan cepat den upload, satu entry banyak
buahnye yang nak diperkatakan...sehingga itu, ketemu lagi di lain hari..:D