Thursday, November 29, 2012

Teringin

Aku juga teringin untuk menjadi seorang IBU, jadi kepada kawan-kawan dan orang sekeliling, mohon sama-sama berdoa agar hajat itu dimakbulkan dan bukannya mempertikaikan tentang kelewatan rezeki dari Allah kerana aku merasa sedikit demi sedikit hikmah di sebalik semua ini :)

Aminn



Thursday, November 1, 2012

Beribu_Ribu Lamon!



Ringkasan cerita :

MERDEKA SELEPAS MEMERON OTAK

Final exam dah berlalu, raya pon dah habis, lemak di badan pon semakin bertambah..fiuhh...rasa kejap masa berlalu and guess what, aku dah register new semester dan dah selamat menjalani sesi kelas yang pertama untuk sem baru ni. Bila dah register of course la result pon dah keluar kan..Alhamdulillah sedikit lagi untuk menghampiri Dekan, tapi tak pela, at least better than last sem punya result :D


KENCING BERSIH

Baru-baru ni aku disahkan mengidap penyakit kencing kotor (ayat macam sakit kronik je ;p..mintak simpang..), yela mane ade kencing tu bersihkan..hehehee..mula-mula aku rasa sakit kat bahagian kanan bawah perut. Sakitnya bila lama-lama sentiasa datang menyerang (berdenyut-denyut), sebabkan kecik-kecik dulu cita-cita nak jadi doktor tapi terlebih pandai, jadi aku pon jadila doktor lala sekejap, tangan ni ringan je mencari maklumat pasal sakit perot belah kanan ni dan macam-macamlah kerisauan dalam kepala ni lepas Encik Google menerangkan beberapa sebab / gejala penyakit seperti aku. 2 klinik aku pergi, klinik 1 cakap angin, klinik 2 cakap maybe apendiks or kencing kotor. Orang yang baru kawin biasanya mudah sangat dapat sakit ni almaklumlah hormon/sistem badan dah berubah dan terima 'kawan' baru plak..;p..doktor dah bagi reference letter to hospital siap-siap in case sakit aku tak surut lepas makan ubat tapi alhamdulillah dengan gigihnya aku balun minum air masak bertong-tong (gempak!), maka pada petang itu perot ni menunjukkan perubahan yang positif,syukur Ya Allah, aku lagi lega kalau kencing kotor dari kena apendiks, seram dik oii nak belah-belah perot ni dan aku tak bersedia lagi nak jadi manusia tanpa apendiks..;p moral of the story, minumlah air banyak-banyak dan kurangkan pengambilan kopi/nescafe sebab sesungguhnya ia tidak elok untuk badan kita..sekian.._Dr. Lala_

URUT-URUTAN BIDAN-BIDANAN

Susulan dari entry no 2 di atas, my MIL pun sedikit risau dengan perkembangan menantunya, makanya dibawanya aku pergi berurut kat 2 makcik yang berbeze. Haa dari sini dapatlah aku pelbagai istilah-istilah pelik tapi unik..ahahaha...memanglah orang cakap lepas kawin ni banyak sangat benda baru yang akan kita ngadap,dari sekecik-kecik benda, sampaila sebesa gajah. 2 orang makcik ni cakap rahim jatuh ke bawah lah, rahim tinggi la, rahim bergerak terlalu banyaklah (??).Betapa hebatnya rahim sayer!and sentiasa juga berdoa agar rahim ini dapat memberi keajaiban dan dapat menunaikan hajat kami..amin..

MAJLIS PERTUNANGAN
29.09.2012 adik aku selamat melangsungkan pertunangan dengan jejaka pilihan dia la kan..tak kan la laki jiran sebelah umah pulak..:p..majlis berlangsung secara sederhana tetapi meriah (ikut ayat retiss katenye)..gambar akan di update kemudian


KELAS FREE - TUTURIAL 
Beberapa orang dah request aku buat video tutorial tudung, actually aku pon bukan ada specific style yang menyebabkan orang kagum dengan kepandaian aku melilit shawlku, aku pon ikot internet tapi sayangnya kadang-kadang ade yang tak menjadi seperti yg di pertontonkan, but who knows your style is not fully completed...janji pakai,kemas dan menutup segala apa yang patut ditutup..(ade mak jemah kisah). Tapi aku adelah buatkan video untuk sorang kawan lame ni..Atas permintaan beberapa kerat peminat mak jemah, nanti mak jemah akan upload video tu

#Ha kan cepat den upload, satu entry banyak buahnye yang nak diperkatakan...sehingga itu, ketemu lagi di lain hari..:D