Alhamdulillah, kadang-kadang aku fikir suami kena kerja hari minggu adelah sangat tidak adil untuk sang isteri mahupun sebagai pasangan yang baru mendirikan bahtera merdeka cintani. Pada aku hari minggu la waktu untuk kita luangkan lebih banyak masa bersama dan banyak jugak urusan yang perlu dilunaskan kerana masa pada hari bekerja adalah sangat terbatas. Aku mengeluh, rasa sepi (overnye!) but frankly speaking rasa itu semua hanya sementara. Bila aku fikir semule, ada hikmah di sebalik semuani dan aku tak patut meletakkan diri aku sebagai isteri yang perlu disimpatikan SEBAB:
*aku bisa menatap wajahnya setiap hari
*aku mampu melihatnya sebelum menutup mata & bangun dari tidur setiap hari
*aku mampu menggenggam tangannya setiap malam
* DAN PALING PENTING sehingga hari ini kami sentiasa dimurahkan rezeki untuk berbulan madu sebanyak 3 kali yang pada aku ada pasangan yang mungkin tak sempat nak berhoneymoon disebabkan faktor kewangan dan boleh jadi masa yang terhad.
Ya Allah, bila ingat balik keluhan dan rungutan yang aku buat pada suami, rasa berdosa sangat, padahal dia nak mencari rezeki lebih walaupun terpaksa bekerja. Tapi bukan aku pikir untuk hang out together every weeks tapi aku kesian kan die, kerja non-stop, human is not like a Barbie Doll. Tapi nasib baik aku tersedar cepat dan aku sekarang sudah mula belajar untuk menjadi seorang yang redha dan boleh menerima kalau suamiku terpaksa bekerja/menerima panggilan-panggilan hangit dari pejabat dia di hari minggu.
Layankan kenangan terindah ini: