Alhamdulillah, tanggal 2 April 2013 adalah hari rezeki melimpah ruah bagi aku. Hari aku dapat bonus + hari aku lapor diri sebagai setiausaha kepada Pengurus Besar baru. Akan ku guna sebaik mungkin duit tersebut kerana tak mahu laki aku azan di telinge aku..;p
Tak lupa juga, bila rezeki lebih, jangan lupa danjangan lokek untuk berkongsi rezeki tersebut bersama orang lain supaya mereka tidak putus-putus untuk mendoakan kita mendapat rezeki lagi. Semalam baru belikan mama handbeg, harapnya dia sukalah.Bahagian abah dengan mertua ku masih difikirkan lagi..huhuuu...Bukan senang mahu memberi hadiah pada orang rupanya.
Terima kasih Ya Allah atas rezekiMu, harapnya lepasni menyusul pula rezeki baby. Aminnnnnn ")