Kalau mahukan hasil yang bombastik dan terbaik, harus lah melalui perkara-perkara sukar dahulu. Memang susah kami nak berkumpulan dengan orang lain sebab orang lain mungkin tak boleh ikot cara kami. Walau apapun, aku tetap suka dengan cara kumpulan aku (4 orang ahli sahaja) yang dari semester 1 hinggala sekarang semester 4 tetap bersama. Kadang orang -orang lain nak satu group dengan kami, bukan bongkak atau sombong, tapi hakikatnya kami tidak mahu ade yang tersentap, berentap hati dengan cara kerja kami yang sememangnya tegas.
Susah jugak kalau ade ahli yang tak matang seperti yang terjadi sekarang. Mungkin disebabkan sikap yang tak matang dan feeling ala-ala princess, menyebabkan die lupa untuk menghormati orang yang lebih tua.Aku yang muda belia dewi remaja ni pon malu dengan perangai dia.
Bukan mahu mengata tapi benda ni wajar dijadikan pengajaran supaya diri aku sendiri tidak berperangai sebegitu. Hanya disebabkan perangai kebudak-budakan itu, rosak rancangan satu group, pincang segalanya.
Tapi alhamdulillah kami dapat melaksanakan sampai ke hujung walaupun tanpa dia bersamaan dia bukanlah orang penting di dalam group, syukur!
~Salam Ramadhan~