Tuesday, July 31, 2012

Anak Tudung Saji :)

#entri ringkas sebelum beradu..huhuu..

Entri ini tidak ditaja dari mana-mana pihak yea, just want to share something that girls nowadays were looking for, inner @ anak tudung with 2 layers, sesiapa yang berminat bolehla pergi mengintai di blog Ayunar yang menjual inner yang santek ni, mudah dibentuk ikut bentuk muka kita dengan pelbagai pilihan warna. Untuk makluman, kedai Ayunar ni ada dekat Nilai bertentangan dengan Dataran Nilai, dokek jo dengan opis den, bila pergi sana, sometimes Ayun (owner of the blog/shop at Nilai) ada di kedai and the way she entertain the customer is kindly nice!bagitau je warna apa yang kita nak, dia akan tolong jahit if combination color yang kita request tak sedia ada.

haa untuk raye yang bakal menjelma nanti (pose pon tak cukup  2 minggu lagi dah berangan nak raye...waduh...bocah sak iki....) aku memborong la sampai 8 warna dik..huhuu..ko hadow...bulan depan target nak beli lagi 4 warna untuk melengkapkan koleksi inner aku.jom jangan cite banyak (walaupun dah berjeler entri ni padehal niat nak taip pendek je) ..layankannnn tayangan wayang di bawah :)

haa mak jemah ada 10 koleksi warna sekarang..makin meroyan pagi-pagi nak memilih warna..huhuuu
#harga untuk satu inner (2 color) = RM8.00 jew..kalau beli 2 helai ( 4 color la dapat) diskaun lagi jadi RM15.00 jew..



  2 tone color 


 black color using the same inner



:: Selamat Mencuba ::



Wednesday, July 25, 2012

Another Year for Him -Happy Birthday Sayang

Semalam Birthday husband sayer..ihihihii (gelak miang)...pertama kali menyambut hari lahir sebagai suami isteri..:D

Last minutes baru terfikir nak buat surprise untuk dia, nak dijadikan cerita, mula-mula rancang nak mintak kawan ofis tolong belikan bunga letak atas meja dia since dieorang satu bombong opis...tapi bila dipikir balik, daripada bagi bunga yang kemudiannya hanya boleh dilihat sehinggalah ianya kering layu di tasik madu, maka idea tersebut telah ditukar kepada memberi coklet yang sangat-sangat sedap tu,Pames Emesssss lor..huhuuu

Di bulan puasa ni, ku gagahkan juga kakiku ke KLIA bersama member ofis,Kak Ekin.Niat hati tak nak menyusahkan orang lain tapi yela, semenjak berumah bertangga ni, pergi kerja naik satu kereta je, so husband hantar aku dulu lepas tu bru g opis die & parking kat kawasan berbombong untuk menjaga mutu kualiti cat kereta..acehh...so aku tak de kerendaan untuk kesana sini la unless kalau aku nak guna kereta so aku hantar dia dulu....ehhh dah lari jauh sangat dari landasan kapal terbangni...ok2..back to the runway.."Runway To Success"...heeeee....dah smpai kedai tu, so far gubahan yang dieorang buat macam tak berape berkenan di mataku..so aku decide nak gubah sendiri & alhamdulillah dek kerana niat baik untuk membuat kejutan pada orang tersayang, aku dibantu oleh Kak Ekin & budak kedai Pemes Emes tu sendirik bersilat membuat gubahan coklat pada "hantaran" aku tu...

Haaaa....saksikanlah sendiri yea kesungguhan mereka-mereka ini..heheee...tambah pahala puasa...:)

dah tak hirau orang lalu lalang :D

Si Kreatif...boleh intai-intai blog dia..kak ekin ni memang kreatif & pandai melukis...


dengan budak kedai ni jadi mangsa aku..:D tak pe dik tambah pahala..ihihiiiii


dah lepas siap semua, aku roger member seopis dengan husbandku dan pas kat dia untuk diletakkan di atas meja masa husband aku tak ada..aku pon menanti husband aku call konon-konon teruja la ni dapat suprise kan die...ahahahahaa....dan hasilnya..........


eheheee..'suprise' dah berade di dalam kereta, seperti yang ku jangka, dia call & rase terkejot (tapi suara macam berlakon terkejot je..huhuuu)..tak pela janji misi tercapai!

The Suprise!


Cake for Birthday Boy..:D from my family in law



Happy Birthday Sayang and thanks for sharing your love with me, love you forever!



  

Friday, July 20, 2012

Salam Ramadhan

~first time menyambut puasa sebagai seorang isteri :)
~first time sambut puasa dengan keluarga mertua :)

Moga Ramadhan ini memberi seribu rahmat kepada seluruh umat Islam..aminnn






Wednesday, July 18, 2012

Jom Mengadu Pada Allah :)



Sabar & Doa Kunci Kekuatan Kepada Segala-galanya

Seawal usia 19 tahun, aku dah melalui dan harus menempuhi kehidupan sebagai seorang perantau, tak pernah terfikir nak hidup dan bermastautin di bumi KL ni dan sepanjang tempoh perjalanan hidup ni sehingga sekarang, aku belajar banyak benda, aku jumpa dengan pelbagai jenis manusia,tapi itu semua telah mematangkan aku untuk tempuh hari-hari mendatang.

Sebab tu, setiap kali kalau hati comel ni bersedih, aku selalu ingat perkara-perkara yang lagi susah/berat yang aku pernah hadapi sebelumni yang akhirnya aku berjaya tempoh,aku selalu pujuk hati ni yang satu ketika dulu pernah bersedih untuk perkara yang lebih berat, dan kalau nak dibandingkan dengan sekarang tak la seberat ape yang aku penah rasa sebelumni (memujuk hati)

Jadi HATI tolong tabah ok..aku percaya kau ada kekuatan untuk mengadap semuani. Kesabaran itu penting dan aku percaya aku akan dapat cahaya dari kesabaran ni bila sampai waktunya. Doaku tidak putus-putus meminta agar Allah memberi petunjuk, melindungi diri aku setiap masa dan menjadikan aku insan yang terbaik kepada semua orang.Aku percaya setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya dan aku sedang mencari hikmah itu.





Friday, July 13, 2012

Program Kemasyarakatan~Sentuhan Kasih Sejambak Sayang~

23hb Jun yang lepas aku bersama rombongan Cik lala mewakili UUM PLK (usah ditanya apa maknanya) pergi ke Melaka untuk mengadakan satu program amal dimana ianya adalah projek Ko-K  untuk sem kali ini. ada yang pergi sendiri but I'm more prefer going by bus, senang satu kumpulan, sorang ilang,ilang sume...ehehehehee....petang tu berkumpul di PDRM Bukit Aman, janji kul 3 tapi biasalah adat dunia, kul 430 baru la kami memulakan perjalanan. abg polis drive bus cam drift kt F1, kentot berdarah penghuni di dalam bus tu menahan gerun dengan cara pemanduan die..tapi alhamdulillah janji selamat :) tido di Homestay di Melaka (x ingat plak nama tempat sowy..) alhamdulillah selesa asalkan boleh mandi/make up/tido udahlakan..nak layanan 5 star jangan duduk homestay la...malam tu ada majlis makan malam dengan YB kat situ, xperlu diperkenalkan sebab aku xsuke nak masukan unsur2 politik disini...sesi perkenalan makan then balik homestay tido..dah lama x tido ramai-ramai macam kt asrama dulu..mengimbau sebentar kenangan tu dan seronok dapat berkumpul dan dapat kenal classmate time tu..kalau kat kelas tu ada yang buat badak sumbu jek...tapi rupenya bukan sombong..(ni dah dapat satu point kenapa program2 seperti ini perlu kerap diadakan)..bak kata dalam projek paper kami, dapat mengeratkan silatulrahim sesama classmate gitu..esoknya pagi2 suboh gajah kami dah bertolak ke rumah pakcik Ahmad, rumah pakcik ni tersenarai di Jabatan Kebajikan dimana perlu untuk masyarakat memberi bantuan baik dari segi wang ringgit, barangan juga tenaga kepada golongan cmni.lepas perasmian, makan then terus memulakan tugas. untuk geng aku, kami Geng Lap Tingkap dan berjaya mencapai objektif bila sume tingkap-tingkap di rumah pakcik tu jadi seperti cermin..huhuu..lepas habis tugas, tolong kawan-kawan lain untuk kerja-kerja yang perlu ditolong.tingkap rumah bersih,tukar tikar, cat rumah (kawasan luar saje yea) cuci dapur, bersihkan seluruh kawasan rumah, potong rumput..itulah yang mampu kami hulurkan kepada pakcik Ahmad dan isterinya. harapnya dapat membantu sikit meringankan beban mereka.


settle kerja dalam jam 2petang, lepas makan terus bergerak pulang ke KL memandangkan esoknya kami-kami ini perlu bekerja mencari sesudu nasik.apa yang boleh aku simpulkan, tak ramai dari anak-anak muda remaja dara cam kita ni berpeluang untuk involve program-program macamni,so pada aku, UUM memang bijak mengambil inisiatif ni dengan menyelitkan program kemasyarakatan sebagai projek utama dalam setiap kos yang diambil.nampak je senang, tapi bila nak melaksanakannya memang memerlukan kesabaran yang tinggi.apepon syabas diucapkan kepada AJK dan ahli-ahli lain yang membantu menjayakan misi ini.harapnya dapat markah tinggilah dari lect..akikikiiii..


Geng Lap Tingkap! :D