Wednesday, July 18, 2012

Sabar & Doa Kunci Kekuatan Kepada Segala-galanya

Seawal usia 19 tahun, aku dah melalui dan harus menempuhi kehidupan sebagai seorang perantau, tak pernah terfikir nak hidup dan bermastautin di bumi KL ni dan sepanjang tempoh perjalanan hidup ni sehingga sekarang, aku belajar banyak benda, aku jumpa dengan pelbagai jenis manusia,tapi itu semua telah mematangkan aku untuk tempuh hari-hari mendatang.

Sebab tu, setiap kali kalau hati comel ni bersedih, aku selalu ingat perkara-perkara yang lagi susah/berat yang aku pernah hadapi sebelumni yang akhirnya aku berjaya tempoh,aku selalu pujuk hati ni yang satu ketika dulu pernah bersedih untuk perkara yang lebih berat, dan kalau nak dibandingkan dengan sekarang tak la seberat ape yang aku penah rasa sebelumni (memujuk hati)

Jadi HATI tolong tabah ok..aku percaya kau ada kekuatan untuk mengadap semuani. Kesabaran itu penting dan aku percaya aku akan dapat cahaya dari kesabaran ni bila sampai waktunya. Doaku tidak putus-putus meminta agar Allah memberi petunjuk, melindungi diri aku setiap masa dan menjadikan aku insan yang terbaik kepada semua orang.Aku percaya setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya dan aku sedang mencari hikmah itu.





No comments:

Post a Comment