Wednesday, February 13, 2013

Owh CNY!

Bila bercerita pasal raya cina ni mesti tak lari dari cuti balik kampong (padahal cine yang beraye, yang melayunya sibok balik kampong)..eh ok pe..tula yang dikatakan 1 Malaysia (ayat cover..hiii), jem yang tak hengat (yang ni memang tak dapat larila kan, tak nak jem, dok diam-diam makan kueh belang-belang kat rumah).

Al kisah yang aku nak cerita ni, akupun balik kampung jugak, setibanya di rumah (i olls dah hidup berdua berdikari di rumah sendiri hokey), tetiba aku bau sesuatu yang kurang keenakan. Sampah aku dah buang sebelum kami keluar rumah lagi, janganla kata ada cencurut (spesis tikos) mati di mane-mane, mati mak jemah nak kebumikan, rupanya bau tu datang dari peti sejuk. Habis semua makanan kat dalam berbau dan dah rosak. memula firasatku fikir sebab cuti lama kot, tu jadi gini, tapi masa tengah cuci peti sejuk tu, tetiba rasa tak sejuk walaupun masih on (sebenarnya terlupa nak off kan), maka penyiasatan FBI aku menemui jawapannya = peti sejuk saye dah rosak...I need a new one, kalau tak, camne nak masak sedap-sedap untuk suamiku (alasan), camne nak simpan ikan, sayur, ayam (alasan), kesian suami saye, tak kan nak makan luar (alasan)...ehehehe

So malam-malam buta aku dok membersihkan peti sejuk dengan satu dapur habis ku sental sebab nak bagi bau tu hilang, plannya nak kemas rumah, vacuum ke, mop ke, dah kene buat over time task lain plak.Aceh, semenjak berpindah ni, rajinnye lain kepesenan je :) dan saya sedang berusaha dan belajar untuk membuat semua perkara dengan kadar segera kerana sesungguhnya saya buat kerja sangatla lambat walaupun saya rasa dah speed paling laju.

Sedang pujuk-pujuk suami untuk membeli peti ess baru walaupun beliau mempunyai niat untuk membetulkan bende alah terbabit (bajet engineer peti ess la ;p), tapi aku tak nak pikir sangat sebab sekarang MOOD EXAM IS ON. So bende-bende alah yang lain diketepikan dahulu.

# Bersedia untuk berperang selama seminggu di Dewan Peperiksaan,,HoHo..:D..wish me luck! Go Go Chayok Lala!!!woot..wooott


No comments:

Post a Comment