Tuesday, March 5, 2013

MANUSIA ITU

Manusia memang cepat berubah. Berubah dari segi fizikal itu perkara biasa tapi bila berubah dari segi sikap, tak boleh nak komen lebih-lebih. Aku doakan agar Allah membuka pintu hati seorang hambaNya ini supaya dibuangkan egonya. 

Sukar kalau manusia pandai berlakon, kalau masuk GRAMMY AWARD confirm Julia Robert kalah. Tah di mana silapnya, untuk tidak memanjangkan cerita, 'slow talk' telah dijalankan, minta maaf bagai nak rak, sayangkan perhubungan sebagai sahabat katanya, nak berkawan selama-lamanya, tapi sampai masa, ku fikirkan sudah selesai, rupanya masih lagi tersemat perasaan BUSUK HATI + EGO di dalam diri. Apa salah aku, katanya tak ada salah, tapi kenapa sedemikian rupa diperlakukan.

Malu dengan kawan-kawan yang lain. Perbuatan dia menampakkan seolah-olah aku ini seorang sahabat yang teruk, tapi dimana silap aku kalau dia pon tak dapat nak nyatakan kesalahan tu.

Wahai MANUSIA ITU, suatu ketika dahulu aku pernah memuji dan mengkagumi anda kerana walaupun anda dilahirkan di dalam keluarga yang kaya beraya, tapi kamu tidak sombong malah merendah diri dengan semua orang. Tetapi mungkin faktor persekitaran memain peranan menyebabkan sangkaan aku kepada anda telah berubah sama sekali. Nyata anda telah berubah sepenuhnya apabila berada di dalam kelompok yang setara dengan anda dan anda lupa sahabat yang tiada harta ni.

Ingatlah MANUSIA ITU, hidup bagaikan roda, ada kala kita di bawah, ada kala kita di atas, namun, jangan anda membongkak diri ketika berada di atas kerana anda mungkin tersungkur apabila anda berada di bawah.

Owh MANUSIA ITU, berubahlah sebelum hukum KARMA datang kepada anda.


# Mood :Sedih Teramat + Hati Berpuitis


No comments:

Post a Comment