Aku selalu update dari Sinar Harian ke, Harian Metro ke pasal kejadian yang berlaku di Lahad Datu. Aku hormat habis pada anggota-anggota keselamatan yang berani mempertaruhkan nyawa demi menjaga kedaulatan negara.
Aku jugak berdoa setiap kali baca online paper janganlah ada lagi pejuang-pejuang negara yang terkorban. Dah 8 orang wira negara yang terkorban dek kerana manusia-manusia rakus yang tak berperikemanusiaan yang hanya mengejar harta dunia yang tak seberapa tu.
Sebentar tadi aku baru dapat tahu, seorang lagi wira negara dari pasukan ATM gugur di medan perang..Ya Allah, Kau cucurilah rahmat ke atas roh-roh mereka dan Kau tempatkanlah mereka dikalangan orang-orang beriman juga terimalah mereka sebagai mati syahid.Allahuakbar!! :(
Aku selalu risau sampaikan nak syampoo rambut pun boleh terfikir kesian pejuang-pejuang kat Lahad Datu, mesti mereka tak sempat nak syampoo rambut, nak mandi pun tah sempat tah tidak. Kenapa mesti ada manusia yang iri hati dengan kebahagiaan dan keharmonian orang lain? Aku harap pejuang-pejuang di sana tabah dan jangan patah semangat dalam mempertahankan kedaulatan negara, Doa kami sentiasa mengiringi anda agar semua pengganas dapat dihapuskan dan kalian kembali ke pangkuan keluarga sebagai seorang wira dan dalam keadaan yang sihat. Aminnnnnn :(
No comments:
Post a Comment