Monday, January 20, 2014

Terlalu....

Terlalu berhati-hati..

Terlalu berjaga-jaga...

Terlalu ingin kelihatan sempurna.....

hasilnya......terhasilaa sesuatu yang budusss...sesuatu yang memalukan walaupun dah biasa buat sebelum tu...

adakah salahku atau salah orang yang terlalu mengharapkan orang sekeliling mengikut caranya...

errrmmmm....



Sunday, November 17, 2013

Membuang Lemak Di Bukit Saga

Aktiviti di hujung minggu, aku dan suami ke Bukit Saga, Ampang dekat je dengan rumah mertua, memang ramai orang pergi terutama kaum cina..cuma yang tak best dema ni siap bawak haiwan peliharaan yang sememangnye bukan kucingla kan..so kurang keselesaan disitu...

Kami sampai sekitar jam 9 pagi dan terus mendaki..mendakilah sangatnye..ramai orang, laluan bukit ni lebih kurang Bukit Broga, satu jam perjalanan untuk sampai puncak tapi pada aku track Broga lebih mencabar. Actually kat Bukit Saga ni ada air terjun tapi untuk sampai ke sana memerlukan tambahan lagi satu jam..huhuu aku idokla nak sampai ke sana, sekadar sampai puncak bukit sudah. 

Bila sampai puncak, suasana memang sekali lagi aku memuji Broga sebab kawasan puncak Broga lapang tapi Bukit Saga dilindungi pokok-pokok dan siap ada khemah, tempat baring, tempat duduk lagi..kalau terlalu ramai dan lama kat atas memang tak selesa. Satu lagi kawasan tu jugak kurang sesuai untuk merokok sebab ramai warga senior dan kawasan yang kecil so dahla sedia kurang oksigen, tambah pulak dengan asap rokok memang kurang selesa, nasib baik time aku naik tiada perokok tegar.ahahahahaa..

15 minit lepak puncak lepas tu kami turun balik, track berlecak dan berlumpur cikit mungkin sebab baru lepas hujan, tapi apepon, kami enjoy, tambah pengalaman dan paling penting dapat tinggalkan lemak-lemak berlebihan di sana...hihihihi...


Regangan otot/pemanasan badan sangat penting agar tidak meregang di kemudian hari :D


Bukti lokasi perlu ada 


Di pertengahan bukit, macam tak penat je kan, padahal habis basah dah baju dek peluh, satu tips nak mendaki tak payah berbedak bagai, cukup sekadar lipstik sebagai penyeri pagi :p


Bukti aku kata kat sini ada 'air jatuh' = air terjun


Ni la puncak bukit macam aku cerita tadi


 Ok baru nampak muka penat disitu :)

Mendaki Bukit. 530 kalori per jam. Sangat baik untuk membakar lemak sekaligus menguji kekuatan otot kaki. Jika anda meluangkan masa selama satu jam mendaki bukit, ia bersamaan dengan pembakaran sebanyak 530 kalori._Sumber Pakcik Google_

Friday, November 15, 2013

Best Tak LegoLand?

Cuti sekolah dah nak start walaupun aku tak ada anak sekolah lagi, tapi tertau pulak bila kanak-kanak ribena di Malaysia ni start bercuti. Mesti ramai yang dah plan nak bawak anak-anak jalan-jalan dan Legoland adalah salah satu destinasi yang akan menjadi tumpuan. Al-kisahnya, dua bulan lepas hampir setiap hari minggu selama sebulan aku menjadi suri rumah tangga bergerak sepenuh masa disebabkan suami bekerja dan mendaki gunung yang sememangnya menjadi hobi beliau. Oleh yang demikian, si isteri terasa bosan sering ditinggalkan (kononnya) maka idea untuk ke Legoland dikemukan sendiri oleh si suami tatkala melihat muncung si isteri dah hampir sampai ke Mersing. Maka...yeayy!Legoland here we come...

Sebagai ringkasan, aku senaraikan perkara-perkara penting yang mungkin boleh menjadi rujukan pada sesiapa yang pertama kali ke sana.


HOTEL
*Kami duduk kat Kozi Hotel di Johor Bahru. Bayaran RM88 semalam, lokasi berdekatan dengan bandar/Danga Bay dan 20 minit untuk ke Legoland. Untuk makan pun tak ada masalah nak cari sebab terlalu banyak pilihan kedai makan area situ. Keadaan hotel juga okla kalau setakat dua orang duduk..check in pon jam 0800 malam..ada TV with Astro Channel, bilik air, katil (single bed tapi besa cikit) dan aircond, sangat selesa. Kami pergi ke Legoland dulu malam tu baru check in.

LEGOLAND
*Tiket : Beli kat Groupon, dapatla diskaun RM114 seorang dari harga asal RM140. Sebenarnya ada lagi murah tapi rezeki aku masa beli tu yang ada cuma itu sahaja, jadi hantam sajalah labu.

*Makanan : Seeloknya pergi ke Legoland seawal pagi (buka jam 1100pagi) dan make sure perut dah disi sepenuhnya sebab memang ada kedai makan berdekatan Legoland, tapi regenya macam rasa nak simpan makanan tu dalam perot tak nak kuarkan...:p

*Permainan : Seeloknya datang dan masuk awal (buka jam 1100pagi) supaya tak berebut, kami bertolak dari KL jam 7 pagi dan sampai sana dalam 11 lebih, makan kat KFC, then baru masuk. Kita boleh main semua permainan yang bersesuaian dengan umor tanpa perlu bayar, tapi pada aku lebih sesuai kalau budak-budak yang pergi atas 3 tahun sebab permainannya semua agak adventure. 

*Makanan : Bila perut dah kenyang, dah masuk dalam tak adalah ingat lapa lagikan, tapi Legoland sangat panas, hitam ireng tangan suami jangan ceritalakan, seeloknya bawak payung lipat, air mineral banyak-banyak sebab tersangatlah panas maka tersangatlah haus, nak beli kat dalam mahal sampai rasa tak nak kencing nanti...ahahahahaa

*Kemuncak : Permainan yang last kami main ialah masuk dalam sampan then terjun dari air terjun buatan..sangat adventure in fact memang puas sebab dapat 'mandi free' terkena percikan air...game ni kami paling banyak ulang adalah sampai 4 kali kami request nak main lagi...ahahahaha tebalkan saja muka..lepas tu terus kemas dan check in hotel.

Layankan gambar-gambar dari kanak-kanak ribena.



Jejak kasih dengan kawan yang suka tido jugek same dengan si suami...







KLIA


Next vacation, Bali, Indonesia..ahahahaha


Palace

  
Kembar perot :p


Fefeeling Egypt


Sekian sahaja kisah Legoland, tak rugi pergi, berbaloi-baloi :)


Wednesday, November 13, 2013

Teh Hijau Bantu Turunkan Berat Badan

Ini adalah fakta yang perlu diketahui oleh priya2 atau wanita-wanita yang sedang berusaha untuk menurunkan berat badan. Teh hijau mampu membantu untuk menurunkan berat badan selari dengan diet pemakanan dan senaman yang seimbang.


Minum teh hijau sebelum dan selepas  berzumba membantu untuk menipiskan dan menyahkan lemak...ok yang ni fakta tambahan dari aku sendiri..;) Start dari 6hb November aku start berzumba semula setelah 'berehat' lama dari membuang peluh..

 

*Teh Hijau
Teh hijau menawarkan berbagai macam bahan kimia dan senyawa yang dapat membantu Anda melawan lemak tubuh. Kafein adalah salah satu bahan utama dalam teh hijau, selain EGCG - senyawa pembakar lemak yang terkandung dalam teh hijau. Sebuah penelitian ditemukan bahwa konsumsi teh hijau yang dikombinasikan dengan olahraga teratur dapat membantu merangsang penurunan lemak tubuh, terutama di sekitar bagian tengah tubuh.

#Sumber dari : Pakcik Google



Gambar sekadar hiasan semata..suatu ketika pernah bersenam dengan bola ajaib dan dumbell ini tapi menari zumba dan aerobik juga tetap selari dengan jiwaku...:D

Monday, August 26, 2013

:(






Sudah cukup sudah

Cukup sampai disini saja


Daripada batin terseksa

Lebih baik ku pergi saja


*Mungkin berat untuk melalui kehidupan selepas itu, namun berat lagi hati ini mahu menelan kepahitan yang sedia ada..*

Monday, July 29, 2013

Happy Birthday My Baby Harm :)

2 Surprise presents for him :) 


Celebrating his birthday at this place :D
Happy Birthday Dear..Hope u enjoy your day and may Allah bless you always..love u more!


Tuesday, July 23, 2013

Hati Nak Meluah - Kekurangan Kematangan

Kalau mahukan hasil yang bombastik dan terbaik, harus lah melalui perkara-perkara sukar dahulu. Memang susah kami nak berkumpulan dengan orang lain sebab orang lain mungkin tak boleh ikot cara kami. Walau apapun, aku tetap suka dengan cara kumpulan aku (4 orang ahli sahaja) yang dari semester 1 hinggala sekarang semester 4 tetap bersama. Kadang orang -orang lain nak satu group dengan kami, bukan bongkak atau sombong, tapi hakikatnya kami tidak mahu ade yang tersentap, berentap hati dengan cara kerja kami yang sememangnya tegas.

Susah jugak kalau ade ahli yang tak matang seperti yang terjadi sekarang. Mungkin disebabkan sikap yang tak matang dan feeling ala-ala princess, menyebabkan die lupa untuk menghormati orang yang lebih tua.Aku yang muda belia dewi remaja  ni pon malu dengan perangai dia.

Bukan mahu mengata tapi benda ni wajar dijadikan pengajaran supaya diri aku sendiri tidak berperangai sebegitu. Hanya disebabkan perangai kebudak-budakan itu, rosak rancangan satu group, pincang segalanya. 

Tapi alhamdulillah kami dapat melaksanakan sampai ke hujung walaupun tanpa dia bersamaan dia bukanlah orang penting di dalam group, syukur!

~Salam Ramadhan~