Sunday, November 17, 2013

Membuang Lemak Di Bukit Saga

Aktiviti di hujung minggu, aku dan suami ke Bukit Saga, Ampang dekat je dengan rumah mertua, memang ramai orang pergi terutama kaum cina..cuma yang tak best dema ni siap bawak haiwan peliharaan yang sememangnye bukan kucingla kan..so kurang keselesaan disitu...

Kami sampai sekitar jam 9 pagi dan terus mendaki..mendakilah sangatnye..ramai orang, laluan bukit ni lebih kurang Bukit Broga, satu jam perjalanan untuk sampai puncak tapi pada aku track Broga lebih mencabar. Actually kat Bukit Saga ni ada air terjun tapi untuk sampai ke sana memerlukan tambahan lagi satu jam..huhuu aku idokla nak sampai ke sana, sekadar sampai puncak bukit sudah. 

Bila sampai puncak, suasana memang sekali lagi aku memuji Broga sebab kawasan puncak Broga lapang tapi Bukit Saga dilindungi pokok-pokok dan siap ada khemah, tempat baring, tempat duduk lagi..kalau terlalu ramai dan lama kat atas memang tak selesa. Satu lagi kawasan tu jugak kurang sesuai untuk merokok sebab ramai warga senior dan kawasan yang kecil so dahla sedia kurang oksigen, tambah pulak dengan asap rokok memang kurang selesa, nasib baik time aku naik tiada perokok tegar.ahahahahaa..

15 minit lepak puncak lepas tu kami turun balik, track berlecak dan berlumpur cikit mungkin sebab baru lepas hujan, tapi apepon, kami enjoy, tambah pengalaman dan paling penting dapat tinggalkan lemak-lemak berlebihan di sana...hihihihi...


Regangan otot/pemanasan badan sangat penting agar tidak meregang di kemudian hari :D


Bukti lokasi perlu ada 


Di pertengahan bukit, macam tak penat je kan, padahal habis basah dah baju dek peluh, satu tips nak mendaki tak payah berbedak bagai, cukup sekadar lipstik sebagai penyeri pagi :p


Bukti aku kata kat sini ada 'air jatuh' = air terjun


Ni la puncak bukit macam aku cerita tadi


 Ok baru nampak muka penat disitu :)

Mendaki Bukit. 530 kalori per jam. Sangat baik untuk membakar lemak sekaligus menguji kekuatan otot kaki. Jika anda meluangkan masa selama satu jam mendaki bukit, ia bersamaan dengan pembakaran sebanyak 530 kalori._Sumber Pakcik Google_

No comments:

Post a Comment