Cuti sekolah dah nak start walaupun aku tak ada anak sekolah lagi, tapi tertau pulak bila kanak-kanak ribena di Malaysia ni start bercuti. Mesti ramai yang dah plan nak bawak anak-anak jalan-jalan dan Legoland adalah salah satu destinasi yang akan menjadi tumpuan. Al-kisahnya, dua bulan lepas hampir setiap hari minggu selama sebulan aku menjadi suri rumah tangga bergerak sepenuh masa disebabkan suami bekerja dan mendaki gunung yang sememangnya menjadi hobi beliau. Oleh yang demikian, si isteri terasa bosan sering ditinggalkan (kononnya) maka idea untuk ke Legoland dikemukan sendiri oleh si suami tatkala melihat muncung si isteri dah hampir sampai ke Mersing. Maka...yeayy!Legoland here we come...
Sebagai ringkasan, aku senaraikan perkara-perkara penting yang mungkin boleh menjadi rujukan pada sesiapa yang pertama kali ke sana.
HOTEL
*Kami duduk kat Kozi Hotel di Johor Bahru. Bayaran RM88 semalam, lokasi berdekatan dengan bandar/Danga Bay dan 20 minit untuk ke Legoland. Untuk makan pun tak ada masalah nak cari sebab terlalu banyak pilihan kedai makan area situ. Keadaan hotel juga okla kalau setakat dua orang duduk..check in pon jam 0800 malam..ada TV with Astro Channel, bilik air, katil (single bed tapi besa cikit) dan aircond, sangat selesa. Kami pergi ke Legoland dulu malam tu baru check in.
LEGOLAND
*Tiket : Beli kat Groupon, dapatla diskaun RM114 seorang dari harga asal RM140. Sebenarnya ada lagi murah tapi rezeki aku masa beli tu yang ada cuma itu sahaja, jadi hantam sajalah labu.
*Makanan : Seeloknya pergi ke Legoland seawal pagi (buka jam 1100pagi) dan make sure perut dah disi sepenuhnya sebab memang ada kedai makan berdekatan Legoland, tapi regenya macam rasa nak simpan makanan tu dalam perot tak nak kuarkan...:p
*Permainan : Seeloknya datang dan masuk awal (buka jam 1100pagi) supaya tak berebut, kami bertolak dari KL jam 7 pagi dan sampai sana dalam 11 lebih, makan kat KFC, then baru masuk. Kita boleh main semua permainan yang bersesuaian dengan umor tanpa perlu bayar, tapi pada aku lebih sesuai kalau budak-budak yang pergi atas 3 tahun sebab permainannya semua agak adventure.
*Makanan : Bila perut dah kenyang, dah masuk dalam tak adalah ingat lapa lagikan, tapi Legoland sangat panas, hitam ireng tangan suami jangan ceritalakan, seeloknya bawak payung lipat, air mineral banyak-banyak sebab tersangatlah panas maka tersangatlah haus, nak beli kat dalam mahal sampai rasa tak nak kencing nanti...ahahahahaa
*Kemuncak : Permainan yang last kami main ialah masuk dalam sampan then terjun dari air terjun buatan..sangat adventure in fact memang puas sebab dapat 'mandi free' terkena percikan air...game ni kami paling banyak ulang adalah sampai 4 kali kami request nak main lagi...ahahahaha tebalkan saja muka..lepas tu terus kemas dan check in hotel.
Layankan gambar-gambar dari kanak-kanak ribena.
Jejak kasih dengan kawan yang suka tido jugek same dengan si suami...
KLIA
Next vacation, Bali, Indonesia..ahahahaha
Palace
Kembar perot :p
Fefeeling Egypt
Sekian sahaja kisah Legoland, tak rugi pergi, berbaloi-baloi :)
No comments:
Post a Comment