Friday, March 15, 2013

SweeT = ManiS

Ungkapan maaf itu kadangkala sukar untuk di dengar oleh mana-mana individu mungkin disebabkan oleh perasaan malu walaupun sebenarnya berniat mengungkapkan kata-kata tersebut. Lebih-lebih lagi jika ungkapan itu diungkapkan oleh orang tersayang dengan penuh keikhlasan.

Isteri    : Sayang, stokin ni nak basuh ke nak simpan (lokasi setokin berada di kawasan yang mencurigakan)

Suami  : maaf -maaf hney, stokin tu untuk di basuh..maafla tercicir tadi

.....................................................

Suami  : Hney, boleh tolong jahitkan seluar B tak, labuh sangatla kat kaki seluar tu

Isteri    : Ok (Sambil amik peralatan yang sepatutnya dan memulakan proses seperti seorang penjahit profesional) (katenyeee..)

Suami  : (Baring berdekatan isteri sambil tengok TV dan secara tak sengaja terlanggar kotak yang berisi alat menjahit)

Isteri   : hey...(nada marah-marah manje gedik mintak sepak) janganlah golek kat sini, kan dah berterabur (nada serius)

Suami : Ok, sorry-sorry sayang, B tak sengaja, sorry sayang ea..


.............................................................

Isteri   : B, dah amik beg kunci belum (masa tu dah turun tingkat bawah baru gatal nak tanya)

Suami : Eh belum lagi, terlupa bawak turun sekali tadi, sooorrryyyyyyyyyy hney ea...

Sweet kan :D Luv u so much Mohamad Nazri Ngadihan! Muwahh!



Thursday, March 14, 2013

Kejelitaan & Kekurusan

Sharing is Caring, aku dalam proses untuk menipiskan lemak-lemak yang sedang bahagia berada dalam badan aku ni, so pemakanan + senaman + bahan - bahan luaran dalaman yang boleh membantu menyisihkan lemak adalah satu gabungan yang penting dan harus bijak memilih. Sekarang ni pun banyak je produk-produk untuk menipiskan benda alah lemak ni, cuma antara berkesan dengan tidak je.

Harini aku nak berkongsi amalan yang aku amalkan hasil dari gabungan perkara-perkara seperti yang telah disebutkan di atas. Tak banyak yang aku guna, sebab bila banyak produk atau bahan yang digunakan pun sometimes tak membantu nak turunkan berat badan pun, so kenalah pandai memilih padan dengan kesan, rege (:D) dan tahap keselamatan bahan.

Untuk badan aku, aku amalkan minum ibu kolegen (rumpai laut) yang sekarang pemeso sangat di kalangan wanita-wanita di luar sana dan kalau nak tahu khasiatnya, tanyala pakcik google.Hehe..Aku campurkan dengan oren atau perisa lain bagi tambah sedapnya, aku makan setiap malam (4 sudu). So far pe aku rasa, setiap pagi kompem 'membeyrii', badan rasa ringan je dan untuk itu aku dah boleh jadi duta kepade produk ni..:D

Produk lain yang aku guna losyen fellina pun menjadi buah mulut wanita-wanita yang katanya dapat membantu memecah lemak dengan hanya sapu losyen tu pada bahagian badan yang nak di adjust..:D tapi mana ada benda yang semudah itu, nak tambah lemak memang senang tapi nak buang lemak, bukan boleh sapu-sapu je, still kena kuarkan peluh..losyen ni berangin, wangi sangat boleh jadi perfume :)

Selain tu aku guna Bamboo Corset, produk ni tak femes sangatpun, tapi aku beli sebab satu set dengan losyen fellina tu sekali, for me it is not the really corset but soft material, bolehlah dipakai to fit the body.

Satu lagi usaha aku nak cari CD Aerobik dari Denise Austin, Makcik aku cakap senaman dia ni senang follow dan berkesan, aku dah beberapa bulan pergi Gym dekat opis tu, turun berat tu memang takde la kan, cuma berat maintain jela sepanjang beberapa bulan tu..but I want my 46kg so bad! :(

Semoga berjaya Lala! :D


Ibu Kolegen dicampur dengan perisa oyen


Losyen Fellina & Bamboo Corset = RM80


Tuesday, March 12, 2013

Al-Fatihah Kepada Wira-Wira Negara

Aku selalu update dari Sinar Harian ke, Harian Metro ke pasal kejadian yang berlaku di Lahad Datu. Aku hormat habis pada anggota-anggota keselamatan yang berani mempertaruhkan nyawa demi menjaga kedaulatan negara.

Aku jugak berdoa setiap kali baca online paper  janganlah ada lagi pejuang-pejuang negara yang terkorban. Dah 8 orang wira negara yang terkorban dek kerana manusia-manusia rakus yang tak berperikemanusiaan yang hanya mengejar harta dunia yang tak seberapa tu.

Sebentar tadi aku baru dapat tahu, seorang lagi wira negara dari pasukan ATM gugur di medan perang..Ya Allah, Kau cucurilah rahmat ke atas roh-roh mereka dan Kau tempatkanlah mereka dikalangan orang-orang beriman juga terimalah mereka sebagai mati syahid.Allahuakbar!! :(

Aku selalu risau sampaikan nak syampoo rambut pun boleh terfikir kesian pejuang-pejuang kat Lahad Datu, mesti mereka tak sempat nak syampoo rambut, nak mandi pun tah sempat tah tidak. Kenapa mesti ada manusia yang iri hati dengan kebahagiaan dan keharmonian orang lain? Aku harap pejuang-pejuang di sana tabah dan jangan patah semangat dalam mempertahankan kedaulatan negara, Doa kami sentiasa mengiringi anda agar semua pengganas dapat dihapuskan dan kalian kembali ke pangkuan keluarga sebagai seorang wira dan dalam keadaan yang sihat. Aminnnnnn :(




Tuesday, March 5, 2013

MANUSIA ITU

Manusia memang cepat berubah. Berubah dari segi fizikal itu perkara biasa tapi bila berubah dari segi sikap, tak boleh nak komen lebih-lebih. Aku doakan agar Allah membuka pintu hati seorang hambaNya ini supaya dibuangkan egonya. 

Sukar kalau manusia pandai berlakon, kalau masuk GRAMMY AWARD confirm Julia Robert kalah. Tah di mana silapnya, untuk tidak memanjangkan cerita, 'slow talk' telah dijalankan, minta maaf bagai nak rak, sayangkan perhubungan sebagai sahabat katanya, nak berkawan selama-lamanya, tapi sampai masa, ku fikirkan sudah selesai, rupanya masih lagi tersemat perasaan BUSUK HATI + EGO di dalam diri. Apa salah aku, katanya tak ada salah, tapi kenapa sedemikian rupa diperlakukan.

Malu dengan kawan-kawan yang lain. Perbuatan dia menampakkan seolah-olah aku ini seorang sahabat yang teruk, tapi dimana silap aku kalau dia pon tak dapat nak nyatakan kesalahan tu.

Wahai MANUSIA ITU, suatu ketika dahulu aku pernah memuji dan mengkagumi anda kerana walaupun anda dilahirkan di dalam keluarga yang kaya beraya, tapi kamu tidak sombong malah merendah diri dengan semua orang. Tetapi mungkin faktor persekitaran memain peranan menyebabkan sangkaan aku kepada anda telah berubah sama sekali. Nyata anda telah berubah sepenuhnya apabila berada di dalam kelompok yang setara dengan anda dan anda lupa sahabat yang tiada harta ni.

Ingatlah MANUSIA ITU, hidup bagaikan roda, ada kala kita di bawah, ada kala kita di atas, namun, jangan anda membongkak diri ketika berada di atas kerana anda mungkin tersungkur apabila anda berada di bawah.

Owh MANUSIA ITU, berubahlah sebelum hukum KARMA datang kepada anda.


# Mood :Sedih Teramat + Hati Berpuitis