Tuesday, March 12, 2013

Al-Fatihah Kepada Wira-Wira Negara

Aku selalu update dari Sinar Harian ke, Harian Metro ke pasal kejadian yang berlaku di Lahad Datu. Aku hormat habis pada anggota-anggota keselamatan yang berani mempertaruhkan nyawa demi menjaga kedaulatan negara.

Aku jugak berdoa setiap kali baca online paper  janganlah ada lagi pejuang-pejuang negara yang terkorban. Dah 8 orang wira negara yang terkorban dek kerana manusia-manusia rakus yang tak berperikemanusiaan yang hanya mengejar harta dunia yang tak seberapa tu.

Sebentar tadi aku baru dapat tahu, seorang lagi wira negara dari pasukan ATM gugur di medan perang..Ya Allah, Kau cucurilah rahmat ke atas roh-roh mereka dan Kau tempatkanlah mereka dikalangan orang-orang beriman juga terimalah mereka sebagai mati syahid.Allahuakbar!! :(

Aku selalu risau sampaikan nak syampoo rambut pun boleh terfikir kesian pejuang-pejuang kat Lahad Datu, mesti mereka tak sempat nak syampoo rambut, nak mandi pun tah sempat tah tidak. Kenapa mesti ada manusia yang iri hati dengan kebahagiaan dan keharmonian orang lain? Aku harap pejuang-pejuang di sana tabah dan jangan patah semangat dalam mempertahankan kedaulatan negara, Doa kami sentiasa mengiringi anda agar semua pengganas dapat dihapuskan dan kalian kembali ke pangkuan keluarga sebagai seorang wira dan dalam keadaan yang sihat. Aminnnnnn :(




Tuesday, March 5, 2013

MANUSIA ITU

Manusia memang cepat berubah. Berubah dari segi fizikal itu perkara biasa tapi bila berubah dari segi sikap, tak boleh nak komen lebih-lebih. Aku doakan agar Allah membuka pintu hati seorang hambaNya ini supaya dibuangkan egonya. 

Sukar kalau manusia pandai berlakon, kalau masuk GRAMMY AWARD confirm Julia Robert kalah. Tah di mana silapnya, untuk tidak memanjangkan cerita, 'slow talk' telah dijalankan, minta maaf bagai nak rak, sayangkan perhubungan sebagai sahabat katanya, nak berkawan selama-lamanya, tapi sampai masa, ku fikirkan sudah selesai, rupanya masih lagi tersemat perasaan BUSUK HATI + EGO di dalam diri. Apa salah aku, katanya tak ada salah, tapi kenapa sedemikian rupa diperlakukan.

Malu dengan kawan-kawan yang lain. Perbuatan dia menampakkan seolah-olah aku ini seorang sahabat yang teruk, tapi dimana silap aku kalau dia pon tak dapat nak nyatakan kesalahan tu.

Wahai MANUSIA ITU, suatu ketika dahulu aku pernah memuji dan mengkagumi anda kerana walaupun anda dilahirkan di dalam keluarga yang kaya beraya, tapi kamu tidak sombong malah merendah diri dengan semua orang. Tetapi mungkin faktor persekitaran memain peranan menyebabkan sangkaan aku kepada anda telah berubah sama sekali. Nyata anda telah berubah sepenuhnya apabila berada di dalam kelompok yang setara dengan anda dan anda lupa sahabat yang tiada harta ni.

Ingatlah MANUSIA ITU, hidup bagaikan roda, ada kala kita di bawah, ada kala kita di atas, namun, jangan anda membongkak diri ketika berada di atas kerana anda mungkin tersungkur apabila anda berada di bawah.

Owh MANUSIA ITU, berubahlah sebelum hukum KARMA datang kepada anda.


# Mood :Sedih Teramat + Hati Berpuitis


Wednesday, February 13, 2013

Owh CNY!

Bila bercerita pasal raya cina ni mesti tak lari dari cuti balik kampong (padahal cine yang beraye, yang melayunya sibok balik kampong)..eh ok pe..tula yang dikatakan 1 Malaysia (ayat cover..hiii), jem yang tak hengat (yang ni memang tak dapat larila kan, tak nak jem, dok diam-diam makan kueh belang-belang kat rumah).

Al kisah yang aku nak cerita ni, akupun balik kampung jugak, setibanya di rumah (i olls dah hidup berdua berdikari di rumah sendiri hokey), tetiba aku bau sesuatu yang kurang keenakan. Sampah aku dah buang sebelum kami keluar rumah lagi, janganla kata ada cencurut (spesis tikos) mati di mane-mane, mati mak jemah nak kebumikan, rupanya bau tu datang dari peti sejuk. Habis semua makanan kat dalam berbau dan dah rosak. memula firasatku fikir sebab cuti lama kot, tu jadi gini, tapi masa tengah cuci peti sejuk tu, tetiba rasa tak sejuk walaupun masih on (sebenarnya terlupa nak off kan), maka penyiasatan FBI aku menemui jawapannya = peti sejuk saye dah rosak...I need a new one, kalau tak, camne nak masak sedap-sedap untuk suamiku (alasan), camne nak simpan ikan, sayur, ayam (alasan), kesian suami saye, tak kan nak makan luar (alasan)...ehehehe

So malam-malam buta aku dok membersihkan peti sejuk dengan satu dapur habis ku sental sebab nak bagi bau tu hilang, plannya nak kemas rumah, vacuum ke, mop ke, dah kene buat over time task lain plak.Aceh, semenjak berpindah ni, rajinnye lain kepesenan je :) dan saya sedang berusaha dan belajar untuk membuat semua perkara dengan kadar segera kerana sesungguhnya saya buat kerja sangatla lambat walaupun saya rasa dah speed paling laju.

Sedang pujuk-pujuk suami untuk membeli peti ess baru walaupun beliau mempunyai niat untuk membetulkan bende alah terbabit (bajet engineer peti ess la ;p), tapi aku tak nak pikir sangat sebab sekarang MOOD EXAM IS ON. So bende-bende alah yang lain diketepikan dahulu.

# Bersedia untuk berperang selama seminggu di Dewan Peperiksaan,,HoHo..:D..wish me luck! Go Go Chayok Lala!!!woot..wooott


Wednesday, January 2, 2013

:(


Kadangkala kita terlupa untuk menjaga diri sendiri demi keselamatan orang lain, namun bila tiba masanya diri ni dianggap pembawa kepada segalanya sedangkan diri ini jugalah yang menadah dan menjadi perisai kepada kesakitan itu..Menitis airmata tatkala terpaksa mengasingkan diri sedangkan diri ini mahukan yang sebaliknya. Ya Allah, tabahkanlah hati hambamu dan berilah rahmat supaya hati ini berhenti menangis..Aminn..

Thursday, December 20, 2012

Bulan MengamBang

Alhamdulillah, kadang-kadang aku fikir suami kena kerja hari minggu adelah sangat tidak adil untuk sang isteri mahupun sebagai pasangan yang baru mendirikan bahtera merdeka  cintani. Pada aku hari minggu la waktu untuk kita luangkan lebih banyak masa bersama dan banyak jugak urusan yang perlu dilunaskan kerana masa pada hari bekerja adalah sangat terbatas. Aku mengeluh, rasa sepi (overnye!) but frankly speaking rasa itu semua hanya sementara. Bila aku fikir semule, ada hikmah di sebalik semuani dan aku tak patut meletakkan diri aku sebagai isteri yang perlu disimpatikan SEBAB:

*aku bisa menatap wajahnya setiap hari
*aku mampu melihatnya sebelum menutup mata & bangun dari tidur setiap hari
*aku mampu menggenggam tangannya setiap malam
* DAN PALING PENTING sehingga hari ini kami sentiasa dimurahkan rezeki untuk berbulan madu sebanyak 3 kali yang pada aku ada pasangan yang mungkin tak sempat nak berhoneymoon disebabkan faktor kewangan dan boleh jadi masa yang terhad.

Ya Allah, bila ingat balik keluhan dan rungutan yang aku buat pada suami, rasa berdosa sangat, padahal dia nak mencari rezeki lebih walaupun terpaksa bekerja. Tapi bukan aku pikir untuk hang out together every weeks tapi aku kesian kan die, kerja non-stop, human is not like a Barbie Doll. Tapi nasib baik aku tersedar cepat dan aku sekarang sudah mula belajar untuk menjadi seorang yang redha dan boleh menerima kalau suamiku terpaksa bekerja/menerima panggilan-panggilan hangit dari pejabat dia di hari minggu.

Layankan kenangan terindah ini:





#Allah telah mengaturkan yang terbaik buat umatNya. Bersyukur dengan apa yang diberi. :)

Monday, December 10, 2012

KeSiBuKaN

Bulan Disember adelah bulan yang paling bz. Setiap minggu ade je aktiviti yang harus kami lakukan. Lihat saja senarai di bawah :

                                                                                                                            
1-2 Dis (Kepong/Sepang)
#Majlis Kawin Anak Mak Lang tapi yang ni belah perempuan
#Majlis Kawin membe baik ku ku..
                                     
8-9 Dis (Port Dickson/Bangi)   
#Infra Gathering 2012 (Family Day)                                         
#Majlis kawin Anak Mak Lang belah lelaki plak  
     
15-16 Dis (Kg Pandan)
#Class  
                                                                               
22-23 Dis (Ampang)  
#Majlis Pertunangan Adik Iparku + mengemas rumah + merewangi ape yang perlu

29-30 Dis (Mersing)
#Cadangnya pulang ke kampung halamanku dah 2 bulan jadi anak durhake ni ;p

Hah!!mampu?? dah macam jadual PM plak ha...apepon last week is my first experience attending a family day organized by my husband's Ex- Dept (gile jakun!) ,really happening & enjoy the event!thanks Infra Team for the invitation. Plus it was our 3rd honeymoon..alhamdulillah :D

*Walaupun jadual penuh, aku bersyukur kerana masa-masa itu ditemani oleh my Yayang B  tried his best to attend all the event even though he was working on that time..Thanks Sayang..Lebiew more!